icon-search

Hiduplah Untuk Hari Ini - Muhammad Al-Ghazali [Iman Publication]

RM 26.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Penulis: Muhammad Al-Ghazali

Penerbit: Iman Publication (Ogos 2020)

Bahasa: Melayu

Genre: Tarbiah, Motivasi

ISBN: 9789672459026

Ketebalan: 453 m/s

Format: Softcover

Sedih, risau, kecewa, gelisah.

Mungkin ada di antara kita yang dibelenggu kesilapan lalu sehingga menyalahkan diri sendiri, ataupun resah memikirkan hari esok yang belum pasti.

Hakikatnya, kita tidak boleh mengelak daripada melalui episod kegelisahan dalam hidup kita. Masa lalu tidak boleh diubah, masa hadapan pula tidak boleh diramal.

Namun, kita masih memiliki hari ini untuk ditmpuhi dengan lebih baik dan meraih ketenangan dalam hidup kita.

Melalui buku ini, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis.

Antaranya termasuklah memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam Islam; bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia; dan juga cara menguruskan emosi dengan lebih baik.



Hiduplah Untuk Hari Ini bukan sekadar laungan slogan kehidupan, tetapi suatu seruan berasas dan praktikal - menjadikan buku ini relevan untuk semua.

Your cart is currently empty.
Continue shopping