icon-search

Dari Lembah Cita-Cita - Hamka

Dari Lembah Cita-Cita - Hamka

Dari Lembah Cita Cita merupakan buah tangan Hamka kepada kaum muda hari ini melalui pertanyaan dua orang pemuda kepada beliau tentang sebab dan rahsia kelompok jahiliah arab pada zaman dahulu dapat dibangkitkan oleh Nabi Muhammad SAW.
.
Panjang lebar Buya Hamka berkongsi lewat buku ini. Dimulakan dengan hujah zaman jahilyah  yang menjadi zaman kegelapan dalam kehidupan bangsa Arab sehingga diutuskan Nabi Muhammad yang bertujuan membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Kemudian diteruskan kepada pengenalan tauhid yang melepaskan manusia dari kebudakan.
.
Sesudah manusia maklum tentang tujuan hidup, barulah Ibadah menjadi kewajiban kepada semua manusia. Dalam bab ini Buya Hamka menerangkan tentang Rukun Islam dan Rukun Iman serta Sejarah nabi dan rasul yang diutuskan sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.
.
Buya Hamka juga turut berpesan agar pemuda supaya menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki budi dan mencintai tanah air.  Hendaklah semuanya menjadi yang berguna kepada negara walau sekecil kecil bantuan. Kerana tanpa pertolongan yang kecil ia tidak mampu membantu mengukuhkan kedudukan negara.
.
Buya Hamka juga berpesan agar kita tidak mudah bersifat pesimis, sentiasa optimis, tidak lekas mengeluh, berlapang dada dan berlumba lumba menegakkan keadilan serta yakin disebalik kuasa manusia ada lagi satu Kuasa yang tidak mampu dilawan oleh sesiapa pun.
.
Buya Hamka menutup naskhah ini dengan menyesali zaman lalu. Bab ini mengajak membaca mengaca ke dalam diri. Sesampai usia kita pada hari ini, kita tidak mampu lagi untuk kembali ke masa lampau. Manusia akan jadi teringat sewaktu dahulu dan terbit rasa menyesal dengan apa yang sudah diperlakukan sebelumnya. Semoga naskhah yang nipis ini menebalkan lagi semangat para pemuda dan memudakan semangat semua golongan yang ada.
.
#2017/48
#hasnisyakilareadingjourney



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping